Khamis, Mac 31, 2016

Remaja Kantoi Rakam Video Kencing Pelakon Lelaki!



Pelakon Reza Hasbi memberitahu dia berang dengan sikap seorang remaja lelaki yang merakamkan gambarnya dalam sebuah tandas awam di Kota Damansara dekat sini baru-baru ini. Dia menyedari perkara tersebut selepas terdapat cahaya dari dari bawah pintu tandas ketika sedang membuang air kecil.


"Kejadian berlaku minggu lalu ketika saya menghadiri majlis mesra dengan kelab peminat saya di sebuah restoran di Kota Damansara. "Semasa saya membuang air kecil di tandas tiba-tiba anak mata saya terperasan ada cahaya di bawah pintu dan saya terkejut apabila ternampak tangan yang memegang telefon sedang merakamkan imej saya yang ketika itu hendak buang air kecil," ujarnya kepada mStar Online.


Tambah Reza, selepas menyedarinya, dia terus merampas telefon bimbit kepunyaan remaja tersebut bagi mengelakkan video tidak sepatutnya tersebar. "Berlaku kekecohan juga di tandas itu kerana dia mengunci diri dalam tandas sebelah sehingga beberapa kru datang menyuruh dia keluar.

"Pada mulanya saya rasa nak pukul budak tu tapi rasa kesian. Bagaimanapun saya bagi dia amaran supaya dia takut untuk buat perkara begitu lagi. Saya paksa dia serahkan telefonnnya kerana saya takut terdapat rakaman video saya dalam telefon itu," ujarnya.

Bagaimanapun, Reza berkata, dia tidak berhasrat untuk melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis. "Dia baru berusia 17 tahun dan saya rasa kesihan pula dengan nasib dia, jadi saya hanya beri amaran agar dia tidak mengulangi lagi perkara itu. Telefon dia masih ada pada saya, walaupun dia kata sudah padam video tersebut, tapi saya tetap tidak percaya dan terpaksa merampasnya," ujarnya. 

2 Komentar

Write Komentar
TunSha Ayunie
AUTHOR
31/3/16 10:15 PG delete

Hahhaha... nakal bebudak sekarang ni.... Nasib baik tak kena tindakan... harap belajar dari kesilapan...

Reply
avatar