Rabu, Mac 30, 2016

Program Realiti Gempak Superstar Cabar 10 Pelakon Popular Menyanyi!


Seramai 10 orang pelakon ternama akan menunjukkan bakat terpendam sebagai penyanyi menerusi program terbaharu terbitan Astro iaitu Gempak Superstar. "Pertandingan itu nanti akan memperlihatkan mereka diberi cabaran tertentu dan menguji kehebatan mereka menyanyikan pelbagai jenis lagu," kata pengurus saluran Astro Ria kepada mStarOnline.


Lima peserta pelakon wanita yang terlibat adalah Tasha Shilla, Raja Ilya, Izreen Azminda, Sherry Ibrahim dan Siti Elizad. Manakala peserta lelaki adalah Nazim Othman, Sofi Jikan, Ryzal Jaafar, Dazrin Kamarudin dan Arja Lee. Gempak Superstar akan bersiaran bermula 10 April depan pada setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria dan Ria HD.

Gempak Superstar bakal dihoskan oleh Scha Al Yahya dan Sharnaaz Ahmad. - mstar