Rabu, Mac 09, 2016

Pengarah Filem Munafik, Syamsul Yusof Nafi Muat Naik Permohonan Maaf!


Pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof, 32, menafikan kenyataan berbentuk permohonan maaf yang dimuat naik individu tidak bertanggungjawab di laman sosial Facebook menggunakan akaun Shamsul Yusof.

Menurut pengarah filem Munafik ini, dia sama sekali tidak menyangka dan terkejut apabila ada pihak sanggup mewujudkan akaun palsu membabitkan dirinya.

"Sehingga semalam saya tidak pernah memuat naik sebarang status apatah lagi kenyataan memohon maaf.


"Sebelum ini memang sudah ada beberapa akaun palsu, tetapi tidak sangka ada lagi yang baru. Kalau betul nak menggunakan akaun atas nama saya, janganlah memuat naik sesuatu yang boleh mengelirukan banyak pihak," katanya.

Namun, Syamsul mengakui pernah menulis kenyataan berkenaan pada tiga tahun lalu menerusi sebuah akhbar.

Jelas Syamsul, buat masa sekarang dia hanya menggunakan satu akaun Facebook menggunakan nama Syamsul Yusof.


Menerusi status dimuat individu berkenaan, Syamsul dikatakan mengakui segala kesilapan lalu membabitkan hubungan dengan ayahnya, Datuk Yusof Haslam. - Metro 


1 Komentar:

Write Komentar