Selasa, Mac 01, 2016

Norman Hakim Dedah Perangai Sebenar Rosyam Nor Ketika Shooting Kabali Di India


Pelakon terkenal Norman Hakim, hari ini secara langsung mendedahkan 'perangai' sebenar aktor senior Rosyam Nor, ketika sama-sama berada di India selama 16 hari pada bulan lalu, ketika menjayakan penggambaran filem Kabali yang menampilkan aktor terkenal dunia Rajinikanth sebagai pelakon utama.


Caption panjang lebar pada sekeping gambar mereka yang dirakamkan di lapangan terbang sebelum berlepas ke India itu menjelaskan sikap pelakon Rosyam Nor yang dermawan sepanjang berada di India. 

Norman Hakim juga secara tidak langsung telah menggelarkan Rosyam Nor sebagai jutawan muslim yang memiliki 14 buah rumah, 19 buah kereta, ladang seluas 200 hektar, perniagaan dalam bidang perfileman, perniagaan perhotelan, urus niaga pertukaran wang dan banyak lagi!

Dia mesti tak kasi cerita,tp mengenali dia 'disebalik tabir' sgt mengagumkan saya terutama sepanjang kitaorang 'berjuang' 16 hari di Chennai . . Seorang suami,bapa & atuk yg sgt penyayang,imam sy yg sgt sedap bacaannya ketika sy menjadi makmum,hamba Allah yg pemurah yg mana sepanjang di Chennai,poket dia sentiasa 'tebal' dgn duit #Rupee .Pantang nampak org susah,ringan je tangan dia utk menghulur sana sini.Jutawan muslim yg merendah diri (walau dah ada 14 rumah,19 kereta,ladang seluas 200 hektar,bisnes film,hotel,money changer & byk lg) tp tetap menyatakan isteri,anak2 & cucu dia tetap harta dia yg kekal abadi.Takde motif yg tersirat utk sy bercerita.Siapa lg yg nak angkat Khalifah sendiri kalau bukan kita.Pencapaian Hamba Allah yg harus kita syukuri & doakan segala yg terbaik utknya . . SANAH HELWAH abgku,sahabatku Dato @iamrosyam .Semoga Allah & para malaikat sentiasa melindungi & merahmatimu sekeluarga kat mana jugak uolls berada...Aamiin YRA.Kau tetap #Tailong di hati Malaysia!
A photo posted by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Perkongsian Norman Hakim itu adalah tujuan untuk megangkat Rosyam Nor sebagai ikon sementelahan peribadinya yang sentiasa merendah diri di samping gemar membantu mereka yang memerlukan.

Malah, pendedahan eksklusif Norman Hakim tersebut juga bertepatan dengan tarikh 1 Mac 2016, yang merupakan ulang tahun kelahiran Rosyam Nor yang ke 49. Happy Birthday Rosyam Nor!