Rabu, Mac 23, 2016

Nazim Othman Umum Tarikh Kahwin Lepas Selesai Semua Persiapan


Nazim Othman dan Bella Dally yang dilihat sama cantik sama padan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 baru-baru ini sedar tak sedar sudah empat bulan mengikat tali pertunangan.


Giat menjalankan persiapan majlis raja sehari, bagaimanapun, Nazim tidak bersedia mengumumkan tarikh hari bahagianya dengan alasan mahu mengurangkan tekanan. Nazim dan Bella sepakat mahu menjalankan semua persiapan dalam keadaan damai dan tenang tanpa sebarang perkara yang memeningkan kepala.

Tambahnya lagi, apabila semua persiapan selesai kelak, dia akan mengumumkan tarikh perkahwinannya kepada umum.