Khamis, Mac 10, 2016

Nadiya Nisaa Hamil Anak Kedua


Pelakon Nadiya Nisaa berkonsgi khabar gembira sedang hamil anak kedua. Anak sulungnya, Omar sudah berusia 5 tahun. Berita gembira itu diketahui selepas pulang bercuti dari Jepun bersama suaminya Saiful Razman.


Mengalami alahan teruk berbanding kandungan pertama, bagaimanapun, Nadiya Nisaa sempat menyudahkan penggambaran drama adaptasi novel, Aku Bukan Bimbo dan telefilem Kecoh Kecoh Raya terbitan RTM.