Isnin, Mac 07, 2016

Misha Omar Sah Hamil Anak Pertama


Setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, Misha Omar berkongsi berita gembira apabila disahkan hamil anak pertama. Ikuti perkongsian Misha Omar ini


“Saya tahu ramai yang mendoakan saya segera menimang cahaya mata namun saya tidak pernah memberikan tekanan kepada diri. Saya dan suami hanya berusaha, selebihnya kami serahkan kepada Allah”

“Sebagai wanita, disahkan hamil adalah antara detik yang paling dinanti kerana ia menjadi permulaan yang melengkapi lagi hidup ini. Saya terharu kerana permulaan tahun 2016 membawa pelbagai kenangan manis dalam hidup ini”