Isnin, Mac 07, 2016

Konsert Siti Nurhaliza & Friends Tampil 5 Penyanyi Ternama!


Penyanyi nombor satu negara, sudah mula giat menjalani latihan menjelang konsert Datuk Siti Nurhaliza & Friends yang akan diadakan pada 2 April depan di Stadium Negara. Selain Siti, konsert itu turut menampilkan penyanyi Anggun, Afgan, Chakra Khan, Faizal Tahir dan Hafiz Suip.

Menurut pengurusnya, Rozi Abdul Razak, Siti sudah mula menjalani latihan vokal dan stamina di rumah.


“Konsert itu nanti menjadi antara konsert penting buat Siti kerana April juga merupakan ulang tahun ke-20 beliau dalam industri seni.


“Konsert ini juga menyaksikan gandingan Siti bersama rakan-rakannya dan istimewanya ke semua artis undangan ini akan menyanyikan lagu Siti nanti,” ujarnya kepada Zass.