Selasa, Mac 08, 2016

Keith Foo Tak Nak Dibayangi Aaron Aziz!


Hujung tahun lepas bila ada rakan sekerja, yang kata team sekolahnya akan ke Istana Budaya menyaksikan Teater Ombak Rindu pada tahun ini rasa jelous tu memang ada. Tapi bila dah tau siapa pelakon utamanya, dah tak rasa ralat lagi! Hahahaha!


Apapun, Keith Foo berikrar akan memberikan yang terbaik untuk teater ini! Harapannya tidak dibandingkan dengan Aaron Aziz yang lebih dahulu menjayakan watak Hariz!

Dengan memegang watak tersebut, sudah pasti ramai yang akan membuat perbandingan terhadap lakonan saya dan Aaron. Saya mungkin akan menjadikan filem Ombak Rindu itu sebagai garis panduan untuk watak tersebut namun melalui pendapat secara peribadi saya rasa lakonan kami tak akan sama. 
Ini kerana cara penyampai dalam filem dan teater agak berlainan, tidak ada ruang  untuk melakukan kesilapan dalam teater kerana ia dilakonkan secara live. Saya akan memberikan yang terbaik untuk teater tersebut dan berharap mampu menjiwai watak Hariz dengan baik. - Astro Gempak