Rabu, Mac 02, 2016

Ingkar Janji; Saif Ali Khan Dan Kareena Kapoor Bebas Cium Pasangan Dalam Lakonan!


Ketika Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor berkahwin pada 2012, mereka mencapai kata sepakat tidak akan menjayakan adegan bercium dengan pelakon lain dalam setiap filem yang dibintangi.


Bagaimanapun, pasangan itu mengingkari ikrar masing-masing selepas empat tahun hidup bersama.
Tegas Kareena, keutuhan rumah tangga yang dibina menjadikan mereka pasangan yang lebih matang.
Malah, Saif dikatakan memberi lampu hijau kepada Kareena bercium dengan Arjun Kapoor dalam filem terbaru berjudul Ki And Ka.


Dengan keizinan Saif, Kareena turut membenarkan suaminya bercium dengan aktres lain jika itu yang dimahukan skrip.