Khamis, Mac 10, 2016

Gia Quinn McKienzie, Nama Anak Sulung Lana Nodin


Lana Nodin menyatakan bahawa sudah selamat melahirkan bayi perempuan pada pertengahan Januari lalu. Bayi seberat 4 kilogram itu dinamakan Gia Quinn McKienzie. Bagaimanapun, wajah bayi berkenaan masih tidak dikongsikan di mana-mana medium atas permintaan suaminya David McKienzie.


Bercakap kepada Harian Metro juga, Lana menjelaskan bahawa tidak ada siapa-siapa (media) yang bertanyakan tentang kelahiran anaknya, dan itu merupakan salah satu sebab mengapa cerita kelahiran anak sulungnya itu tidak keluar dalam mana-mana media massa!