Selasa, Mac 08, 2016

Fouziah Gous Nafi Dengki Dengan Dress Kahwin Anzalna



Selepas tersebar gosip selebriti wanita berambut hitam dengki dengan dress kahwin Anzalna, maka ada pula yang kaitkan isu itu dengan diri pelakon dan pengacara Fouziah Gous! Ikuti penjelasan Fouziah Gous!


Saya rasa sangat mengarut dan kelakar bila ada yang mengaitkan saya sebagai individu yang dengkikan baju persandingan Anzalna, walaupun saya tak pernah membaca gosip tersebut. 
Tak ada sebab untuk saya berbuat seperti itu kerana hubungan kami agak rapat dan sebelum majlis perkahwinan Anzalna lagi, kami sudah berbual mengenai baju yang dihasilkan oleh Cosry.
Kalau ada yang mengaitkan saya sebagai individu yang cemburukan Anzalna menerusi status di lama Instagram saya, saya rasa mereka tak pandai baca. Terang-terang saya letakkan hashtag baju pengantin win (menang) dan saya juga naikkan status itu dalam nada bergurau. Bagi saya setiap wanita ada kecantikan mereka yang tersendiri.