Selasa, Mac 29, 2016

Dua Lelaki Tak Jumpa Jalan Keluar Dari Makam


Tok Pulau Manis atau nama sebenarnya Syeikh Abdul Malik Abdullah adalah pendakwah Islam dan ulama tersohor di Terengganu yang meninggal dunia pada 1730 ketika berusia 80 tahun.

Menceritakan kejadian dua tahun lalu, Ismail berkata, pernah dua individu tidak dapat keluar dari pekarangan makam itu sehingga disedari imam masjid kampung berkenaan, Kori Endut, 71, yang datang untuk membaca al-Quran di makam terbabit.


“Kedua-dua lelaki itu ke kubur berkenaan dengan motosikal, tetapi ketika ditemui, kedua-dua mereka mencari pintu untuk keluar dari makam berkenaan, namun gagal menemuinya.

“Imam berkenaan yang menyedari kedua-dua lelaki itu terperangkap dalam kawasan makam terbabit terus membuka pintu sebelum kedua-duanya ke arah motosikal dan meninggalkan lokasi itu,” katanya.


“Kita tidak tahu niat sebenar lelaki berkenaan, tetapi pihak pengurusan masjid percaya ia ada kaitan dengan kegiatan melanggar ajaran agama kerana kubur tidak mampu memberi sebarang kelebihan pada manusia,” katanya. - Metro