Rabu, Mac 23, 2016

Belum Sebulan Munafik Kutip RM17 Juta; Atasi Polis Evo Sebagai Filem Paling Laris!


Pasti Syamsul Yusof dan Skop Production tersenyum lega melihat perkembangan positif filem Munafik terbitan perusahaan milik keluarga Datuk Yusof Haslam itu! Khabarnya, Munafik sudah mengatasi Polis Evo dalam kutipan sebagai filem paling laris di Malaysia.

Mana tidaknya, kalau Polis Evo perlu mengambil masa selama 60 hari untuk kutipan sebanyak RM17.54 Juta, Munafik yang turut dibintangi Nabila Huda, sudah mengumpul kutipan sebanyak RM17 Juta meskipun belum sebulan pun lagi tempoh tayangannya!


Shamsul Yusof melahirkan rasa syukur kerana pada awalnya menetapkan target untuk mendapat pulang sekurang-lurangnya mengatasi kutipan filem KL Gangster. Itulah hikmah daripada kejadian sebelum ini yang terjadi kepada filem KL Gangster II yang membuatkan Syamsul merajuk sebentar daripada dunia seni!

Lepas ni, Skop Production, gabungkan pelakon sado, buat filem police, action, love, thriller! Nak pula ada fighting scene, contoh antara Aaron Aziz dengan Norman Hakim. Best juga kan? Hehehe...

2 Komentar

Write Komentar
Farra AM
AUTHOR
23/3/16 12:33 PTG delete

tak berani nak tgk citer nih huhuu tapi polis evo best! :p

Reply
avatar
Tanpa Nama
AUTHOR
23/3/16 5:13 PTG delete

Mana zizan nak letak hidung lepas ni, lain kali jangan bongkak sangat.
Co-actor je pun, bongkak macam lancau

Reply
avatar