Selasa, Mac 15, 2016

Arbaaz Khan Dan Malaika Arora Bercerai?


Desas-desus mengenai penceraian pasangan selebriti, Arbaaz Khan dan Malaika Arora kian meruncing, bapa kepada Arbaaz, Salim Khan memberitahu kepada media bahawa dia tidak ingin mencampuri urusan peribadi anaknya itu.

“Saya merupakan seorang penulis, jangan tanya saya tentang hal cinta (penceraian) sesiapa pun termasuk tentang anak saya (Arbaaz). Saya tidak mahu bercerita tentangnya,” kata Salim kepada media India.


Sementara itu, ibu kandung Malaika, Joyce Polycarp turut menoktahkan tentang hal anaknya dengan berkata: “Mereka berdua sudah besar. Ia adalah hal mereka dan saya tidak berminat untuk bercakap tentang hal mereka dan saya tidak akan beri komen kepada media tentang itu.”

Cerita tentang penceraian Arbaaz dan Malaika mula dihidu media selepas mereka berdua tidak lagi dilihat bersama dalam program realiti popular Bollywood, Power Couple, sekali gus memberi tanda bahawa rumah tangga yang berusia 18 tahun itu berada di ambang keruntuhan.