Rabu, Mac 23, 2016

"Apa Salah Saya Menang Anugerah" - Ayda Jebat


Ayda Jebat yang baru-baru ini menang besar dalam Anugerah MeleTOP melahirkan rasa kecewa apabila menerima banyak kritikan negatif. Sehinggakan dia tertanya-tanya apakah menjadi satu kesalahan apabila kemenangan berpihak kepadanya!


Bagaimanapun, kesempatan berjumpa Johan, Ray dan Hanif secara kebetulan beberapa hari selesai anugerah berkenaan, Ayda Jebat menerima nasihat mereka dan mula mengabaikan komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.

Biasalah, kebanyakan peminat memang minat, tapi bila bab undi malas, bila artis kesayangan mereka tak menang mulalah kutuk artis yang menang. Sabar sajalah Ayda! - Harian Metro