Selasa, Mac 08, 2016

Anzalna Malas Layan Isu Pelakon Wanita Popular Dengki Dress Kahwinnya!



Busana resepsi perkahwinan Anzalna Nasir rekaan Cosry memang jadi viral. Menerusi ruangan Miss K di portal Astro Gempak beliau memaklumkan  sebelum busana tersebut dihasilkan,  ada seorang pelakon wanita popular dengki dan cuba untuk menghasut pereka busana itu iaitu Cosry mereka baju Anzalna ala kadar sahaja.

Saya tak tahu siapa individu yang dimaksudkan. Jika ada pelakon wanita yang dengki, saya enggan memikirkan sangat mengenainya. Saya mahu biarkan sahaja perkara itu berlalu dan saya hanya berharap semoga dirinya dirahmati.

Ini kerana pelakon berambut hitam lebat itu tidak mahu Anzalna kelihatan gah dan meletup pada majlis resepsinya. Mengetahui tentang gosip berkenaan, Anzalna bagaimanapun enggan terlalu memikirkan perkara berkenaan dan berharap agar pelakon wanita tersebut dirahmati. Macam-macam kan? Hehehe...