Sabtu, Mac 26, 2016

Amar Baharin Kecewa Tak Tercalon ABPBH 29?


Apabila calon Top 5, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 diumumkan, ramai yang terkejut sebab majoriti artis popular yang mempunyai ramai peminat tidak tercalon. Salah seorangnya ialah Amar Baharin. Nak kata pelakon yang sering digelar jambu ini tak ada job, tidak juga, wajahnya baru sahaja selesai dengan drama adaptasi novel Tersuka Tanpa Sengaja hujung tahun lepas di Astro Ria.


Bukan itu sahaja, bab gosip pun hubungannya dengan pelaokn Amyra Rosli sering jadi bualan ramai. Bahkan kontoversi kritikan Izreen Azminda terhadap mutu lakonan Amar dalam sebuah tetaer juga menjadi antara isu panas dalam kalender seni sepanjang tahun 2015. Jadi kenapa Amar Baharin tak tercalon? Dan betulkah dia berkecil hati dan merajuk??

Bagi saya, tidak menjadi masalah jika tidak menang atau tidak tersenarai dalam Top 5 pun, malah ia tidak mendatangkan apa-apa kerugian kepada saya. Itu semua bersifat sementara. 
Paling penting ialah wajah saya masih ada di kaca TV dan tawaran berlakon tak putus. Jadi, tidak kisahlah orang nak kata sudah tidak popular. Setiap orang berhak nak bercakap apa pun. Mungkin tahun ini rezeki mereka selepas kerja keras kelab peminat. Jadi tidak ada apa perlu dikesalkan malah jauh sekali nak berkecil hati dan iri hati.