Selasa, Mac 29, 2016

Aaron Aziz Larang Aaronators Labur Duit Undi Untuk ABPBH 29



Anugerah Bintang Popular Berita Harian Edisi 29 mencipta sejarah tersendiri apabila tidak menyenaraikan nama-nama popular dalam barisan Top 5 yang diumumkan baru-baru ini. Salah sorang daripadanya ialah Aaron Aziz. Bercakap kepada media, ini jawapan bapa kepada tiga orang cahaya mata ini.

"Secara jujur saya sudah dapat mengagak nama akan gagal membolosi senarai lima popular ABPBH 29. Saya juga tidak mengizinkan kelab peminat, Aaaronatorsfc melabur besar kerana kasihan kepada mereka. Dalam situasi ekonomi yang mencabar, saya tidak mahu mereka bersusah payah lagi. Cukup dua kali saya diangkat sebagai Bintang Paling Popular pada tahun 2011 dan 2013. ABPBH sudah membuatkan nama saya popular dan orang menilai hasil kerja.


Apa yang penting setiap drama dan filem saya tidak mengecewakan peminat. Saya tetap menghormati dan menyanjungi usaha penganjur, BH untuk mengekalkan ABPBH. Saya tidak mahu dianggap berlagak dan tidak mengenang jasa BH jika mengambil keputusan menarik diri. Bagi saya ini masanya kita memberi laluan kepada muka baharu untuk memegang trofi tertinggi ABPBH"