Sabtu, Mac 26, 2016

(10 Gambar) Kejutan Norman Hakim Raikan Birthday Memey Suhaiza!


Diihat sebagai pasangan romantis, ramai yang mengatakan pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza sememangnya diciptakan antara satu sama lain. Ternyata perbezaan usia 12 tahun antara Norman Hakim dan Memey Suhaiza bukan halangan buat mereka mencipta bahagia.


Kata orang ujian akan menguatkan lagi sesebuah perhubungan. Begitu juga dengan pasangan romantis ini yang terlebih dahulu diuji dengan episod getir dalam kehidupan sebelum berumah tangga pada September 2011.

Dikurniakan dua cahaya mata lelaki Darwishz (3 tahun) dan Dikhriz (1 tahun), Norman Hakim tidak pernah gagal dalam meraikan ulang tahun kelahiran isteri tercinta Memey Suhaiza. Malah, sambutan ini diraikan dalam suasana yang cukup meriah, hinggakan ada live update di laman sosial Instagram mereka.


Menginjak usia 28 tahun, semalam, Memey Suhaiza diraikan di Restoran Wangsagrill milik Chef Selebriti, Chef Zubir. Turut kelihatan adalah rakan-rakan perniagaan pasangan selebriti ini, pengasas produk kesihatan Ephyra, pengasas perusahaan perhiasan mutiara Rafflesia dan pereka kasut terkenal dunia, Datuk Jimmy Choo.

Happy Birthday to Memey Suhaiza! Untung dapat suami romantik macam Norman Hakim!! Muz tampilkan beberapa keping gambar kemeriahan surprise birthday party itu!