Isnin, Februari 15, 2016

[Video] Tarian Bollywood 5 Diva Di Majlis Resepsi Ruzaini


Meriahnya resepsi perkahwinan pereka fesyen terkenal tanah air Ruzaini yang tersohor di bawah label fesyen Rizman Ruzaini, bukan sahaja terletak pada tema Bollywoodnya, bahkan kehadiran diva-diva tanah air yang turut sama memeriahkan majlis semalam.


Resepsi Bollywood yang menjadi anganan Ruzaini sejak kecil itu, diserikan dengan irama dan tarian dalam slot persembahan istimewa menampilkan Rizman, Fazura, Erra Fazira, Ziana Zain, Siti Nurhaliza dan Rozita Che Wan.

Memang agak menarik, dan menghiburkan. Malah, masing-masing melaram cantik persis selebriti Bollywood.


Persembahan tari bollywood Rizman bersama Fazura, Erra Fazira, Ziana Zain, Datuk Siti Nurhaliza and Rozita Che Wan di majlis perkahwinan Ruzaini & Deqda #gilamuzik
Posted by Gila Muzik on 14hb Februari 2016

Untuk anda, Muz kepilkan video persembahan istimewa berdurasi 10 minit ini! Enjoy!