Jumaat, Februari 12, 2016

Siti Nordiana Dan Azlina Aziz Mahu Duet Dengan Ziana Zain


Dalam masa yang dekat Astro melahirkan dua orang juara program realiti nyanyian, yang menyaksikan kedua-duanya adalah dari kaum wanita.


Disember lalu, Siti Nordiana, penyanyi yang terlebih dahulu menempa nama dalam arena seni suara pada era 90-an, muncul sebagai juara dalam program hiburan paling meletop, iaitu Gegar Vaganza Musim Kedua.

Mengulas apakah perancangannya selepas ini, Azlin berharap diberi peluang menghasilkan lagu duet bersama Ziana. 
“Insya-Allah jika ada rezeki saya mahu berduet dengan Ziana,” katanya. – Harian Metro

Februari ini pula, Azlina Aziz, atau Azlin menjuarai program realiti nyanyian yang mencari suara persis ikon yang dikenali sebagai Seiras Seirama.

Ironinya, kedua-dua wanita ini mempertaruhkan lagu Ziana Zain di pentas akhir sebelum diumumkan sebagai pemenang. Malah kedua-duanya juga menjadikan Ziana sebagi ikon yang diminati dalam industri seni suara.

Nana memberitahu, pihak Astro memberi kebebasan kepada Nana untuk memilih komposer, jadi sekarang baru dalam proses memilih lagu-lagu yang bersesuaian dengan suara.   
"Yang penting rentak insyaAllah pop ballad dan liriknya biarlah kerohanian.  Saya juga teringin untuk berduet dengan Ziana Zain sebab lagu-lagunya bawa tuah pada saya. Kalau beliau setuju saya lagilah gembira," ujarnya.  – Media Hiburan

Lebih menarik, baik Siti Nordiana mahupun Azlina Aziz, masing-masing juga menyimpan hasrat untuk berduet dengan Ziana Zain dalam sebuah lagu jika punya kesempatan dan peluang.