Sabtu, Februari 27, 2016

Sinopsis Drama Kasih Dari Langit; TV Al Hijrah



TV Alhijrah tidak pernah ketinggalan hadir dengan pengisian kerohanian. Terkini mulai 18 Februari 2016, setiap Khamis dan Jumaat pada pukul 9.30 malam akan disiarkan drama Kasih Dari Langit.

Drama bersiri ini mengisahkan Raisha berasal dari keluarga ahli perniagaan terkenal yang mempunyai berlainan prinsip dengan bapanya. Bapanya mencabar Raisha berkahwin dengan seorang lelaki biasa dan disambut cabaran itu olehnya.

Drama Kasih Dari Langit, dilakonkan oleh Shah Iskandar, Jue Aziz, Tania Hudson, Amyza Adnan dan Mustaqim Bahadon. Diterbitkan oleh Mega United Pictures Sdn Bhd, arahan Harris Fadzilah.