Isnin, Februari 29, 2016

Resipi Pancake Suami Sayang Ketat-Ketat



Bahan-Bahan Pancake (7 keping saiz sederhana)


  • 1 Cawan Tepung gandum
  • 1 biji telur ayam
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar minyak jagung/marjerin
  • 1 Cawan Susu cair/ Fresh Milk
Cara buat ikut step by step seperti dalam gambar!


Masukkan semua bahan dalam botol, goncang, panaskan kuali di atas api, tuangkan adunan atas pan yang leper, bentukkan ikut suka, belek depan belakang, sedang elok masak, boleh angkat! 

Last but not leats, terpulanglah nak hias pancake macam mana! Boleh letak jem sos strawberi atau madu, atau nak hiris strawberi segar pun boleh. Kalau isteri buat kasi suami breakfast macam ni, mahu suami sayang ketat-ketat!

Sebab tu, nama pancake ni, Pancake Suami Sayang Ketat-Ketat! Hahaha...

Kredit: Azian Abd Azi/ FB Resipi Dari Isteri Untuk Suami Tercinta