Isnin, Februari 15, 2016

Ranbir Kapoor Cuba Pikat Katrina Kaif Kembali!


Ranbir Kapoor dikatakan sedang mencuba untuk menawan kembali hati bekas kekasihnya, Katrina Kaif.

Perkara itu didedahkan seorang sumber rapat kepada aktor berusia 34 tahun itu seperti yang dilapor portal Bollywoodlife.


Katanya, ini kerana aktor tersebut kini sudah mula menunjukkan perubahan diri apabila berusaha untuk berhenti merokok seperti yang pernah dilakukannya sewaktu menjalin hubungan dengan aktres berusia 33 tahun itu.

Bahkan, Ranbir juga dilaporkan mengambil suntikan khas bagi membantunya meninggalkan tabiat merokoknya.

Katrina merupakan satu-satunya individu yang pernah menasihatinya untuk berhenti merokok sewaktu menjadi kekasihnya selama enam tahun.