Sabtu, Februari 13, 2016

Perubahan Siaran; 4 Slot Drama Di TV3 Guna Sistem Giliran


TV3, antara stesen percuma gergasi tanah air yang menjadi pilihan ramai masyarakat Malaysia sejak diperkenalkan sehingga kini.

Saban tahun membawa pembaharuan dan perubahan, pada tahun 2016 ini, TV3 tampil dengan konsep bergilir atau giliran bagi 4 slot drama yang disiarkan menerusi stesen mereka.

Slot Aksi dan Slot Samarinda, juga Slot Lestary dan Slot Zehra dipasangkan sekali. 

Ketika ini, drama Cinta Hati Abah mewakili Slot Samarinda disiarkan setiap Isnin hingga Rabu pada jam 10 malam. Selesai drama ini, drama Bodyguard mewakili Slot Aksi pula akan mengambil alih siaran pada hari dan waktu yang sama.


Begitu juga dengan Slot Zehra, yang ketika ini bersiaran pada hari Rabu hingga Jumaat pukul 9 malam dengan drama Cinta Teruna Kimchi. Selesai drama ini, drama Married Tapi Benci pula akan mewakili Slot Lestary pada hari dan waktu yang sama.

Slot Dahlia yang dahulunya bersiaran pada hujung minggu sahaja akan bersiaran 3 kali seminggu bermula Jumaat-Ahad pada jam 6.58 petang.

Slot Sinetron, berubah waktu pada pukul 4.00 petang, manakala pada pukul 2 petang pula drama ulangan dari Slot Azalea yang sudah dipindahkan ke TV9.

Rasional membuat perubahan ini menurut, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Sherina Mohamed Nordin ialah penambahan episod siaran pada setiap minggu dapat menarik perhatian penonton setia dan mengekalkan populariti sesebuah drama.

Muz, setuju dengan langkah yang diambil. Well, drama Slot Aksi dan Zehra walaupun agak bagus dari segi plot, dan mutu lakonan, jarang jadi viral sebab waktu siaran seminggu sekali, rasa macam agak lama nak tunggu kesinambungan cerita.

Dengan Astro yang galak produce drama siri adaptasi drama popular setiap Isnin - Khamis jam 10 malam, mesti TV3 tercabar juga kan?! Hahaha... Well, persaingan sihat, tak apa!


1 Komentar:

Write Komentar
14/2/16 9:13 PTG delete

Ohh pttla asyik tukau je siaran. Tension gak sbb asyik miss je cite best2 haha

Reply
avatar