Selasa, Februari 16, 2016

NUTP Minta Jangan Ganggu Sekolah; Netizen Pertahankan Dato Seri Vida?



Kecoh dalam laman sosial apabila surat panggilan ke mesyuarat agung PIBG sebuah sekolah rendah di negeri Kelantan menjadi viral. Alkisahnya, perasmi penutupan ialah Dato Seri Vida, manakala ibu bapa diminta hadir dengan mengenakan pakaian berwarna pink.

Juga disarankan tetamu membawa bersama jiran, teman untuk memeriahkan booth Pamoga Qu Puteh dengan mendapatkan produk tersebut dengan harga istimewa.


Menjadi viral, NUTP menerusi akhbar Kosmo! mengeluarkan kenyataan supaya Dato Seri Vida tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Berita ini dikongsi oleh laman web popular Siakapkeli, dan komen-komen berantaian oleh seorang netizen atau pengguna laman sosial, Shahrul Hargaemas sangat rasional.

Rata-rata netizen mengutuk Dato Seri Vida. Dan tampil Shahrul Hargaemas menjelaskan situasi berkenaan dalam sudut yang positif sambil disokong, beberapa komen pengguna sosial yang lain.

Muz, tampilkan screenshot komen-komen tersebut. Anda baca sendiri dan nilaikan.



1 Komentar:

Write Komentar
Mrs Velentine
AUTHOR
17/2/16 8:46 PG delete

makin menjadi2 datuk vida ni

Reply
avatar