Isnin, Februari 01, 2016

Mahu Elak Fikiran Negatif; Neelofa Unfollow 1000 Akaun Instagram


Pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor atau Lofa berhenti daripada menjadi pengikut kepada lebih 1,000 akaun laman sosial bergambar, Instagram. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Lofa, berkata beliau kini mengikuti kira-kira 700 akaun Instagram berbanding lebih 1,800 sebelum ini.

Pengacara program Meletop ini berkata, keputusan itu dibuat sebagai usaha untuk menahan diri daripada berfikiran negatif sehingga memudaratkan rohani dan juga jasmani dirinya.


"Kadang-kadang apabila kita tengok orang yang kita ikut itu memuat naik gambar percutian ataupun hasil beli-belah, pasti terdetik dalam diri yang mereka sebenarnya mahu menunjuk-nunjuk walhal bukan itu tujuan mereka.

"Situasi seperti inilah yang Lofa tak suka kerana ia menerbitkan aura negatif dalam diri. Kadang-kadang benda yang mereka muat naik itu sendiri negatif dan secara tak langsung tempiasnya kena pada kita sehingga ada ketika Lofa rasa sakit kepala bila melihatnya," terang gadis berusia 26 tahun ini ketika ditemui pada majlis kesedaran penjagaan alam sekitar #Green24 anjuran AirAsia, di sini hari ini.




1 Komentar:

Write Komentar
Anisa Anuar
AUTHOR
1/2/16 3:54 PTG delete

paham perasaan Neelofa...

Reply
avatar