Ahad, Februari 21, 2016

"Kuharap Kau Kekal Bersama Selamanya" - Aliff Syukri Terlajak Laris


Kecoh di laman sosial memperkatakan tentang status perhubungan Datuk Aliff Syukri yang terkenal dengan trademark Terlajak Laris bersama isterinya, Datin Nur Shahida.


Ini berikutan, masing-masing dilaporkan memadam gambar bersama dalam akaun sosial Instagram kepunyaan sendiri. Datuk Aliff Syukri Kamarzaman sebelum ini pernah memberikan respon apabila diajukan tentang perihal rumah tangganya, bahawa dia masih keliru, dan tidak bersedia untuk berkongsi ke pengetahuan umum.

“Terima kasih semua yang menyayangi saya. Terima kasih isteriku @shahidadherbs untuk senyum yang selalu kau lukis di hati. Temanilah waktuku susah dan senang. Ku harap engkau kekal bersama selamanya’’

Terkini, menerusi laman Facebook miliknya, Datuk Aliff Syukri Terlajak laris memuat naik caption, yang ditujukan kepada isterinya yang barangkali boleh meleraikan persoalan umum terahdap perhubungan mereka sebagai suami isteri.

1 Komentar:

Write Komentar
Najwa H
AUTHOR
21/2/16 11:17 PTG delete

harap dan doakan yang baik2 utk mereka berdua..

Reply
avatar