Isnin, Februari 08, 2016

Kemenangan Azlina Seiras Seirama Dipertikai Netizen


Peserta berasal dari Negeri Sembilan iaitu Azlina Aziz muncul sebagai juara program Seiras Seirama yang diadakan secara langsung di Studio Satu, Pusat Penyiaran Astro di sini, malam Ahad.


Azlina, 28, yang memilih ikon Ziana Zain berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 berserta trofi.

Pada peringkat akhir itu, Azlina menyampaikan lagu medley ikon pilihannya iaitu Tiada Kepastian dan Sangkar Cinta pada pusingan pertama. Manakala pada pusingan kedua, Azlina tampil dengan persembahan duet bersama Aweera menerusi lagu Senja Nan Merah.


Dengan kemenangan tersebut, Azlina berjaya menumpaskan enam peserta lain iaitu Azri mewakili ikon Datuk Jamal Abdillah, Akira (Hafiz Suip), Norya (Mas Idayu), Zila (Ella), Azri (Faizal Tahir) dan Tyka (Misha Omar).

Yang tak best-nya, kemenangan Azlina ini sudah mula dipertikaikan oleh netizen. Ada yang kata tak seiras dan seirama pun Azlina dengan Ziana Zain.


Ramai yang kata ikon Ella dan Faizal Tahir lebih seiras dan seirama.

Malah, ada yang menyelar juri bahawa program ini bukan nak cari suara siapa yang perfect tapi nak cari yang paling matching dengan ikon pilihan.


Tidak kurang juga minta Astro tak usah sambung atau adakan lagi Seiras Seirama ini pada masa akan datang.

1 Komentar:

Write Komentar
Abam Kie
AUTHOR
8/2/16 1:22 PTG delete

I tgok separuh je. Mujur x tgok abis. Rasa mcm.tertipu je.

Reply
avatar