Isnin, Februari 15, 2016

Farid Kamil Buat Instagram Anak Untuk Simpan Kenangan


Pelakon, Farid Kamil juga memiliki akaun Instagram untuk anak pertamanya Muhammad, 3, dengan nama Chemad7 dan anak keduanya, Aurora dengan nama Aurora_7.

Lelaki ini menyifatkan tindakannya itu sebagai salah satu cara paling mudah dan pantas untuk menyimpan kenangan.

“Kalau dulu, kita punya kenangan kebanyakannya dalam bentuk gambar fizikal. Itu pun, tidak ramai yang mampu untuk memiliki sebuah kamera.


“Bila pakai gambar fizikal, bila kena banjir, habis semua gambar tersebut hilang. Itu risiko dahulu,” jelasnya.

Tambah Farid, dengan adanya teknologi sekarang, menerusi laman sosial adalah cara paling mudah untuk mendokumentasikan kenangan anak-anaknya sewaktu kecil.

Bila anaknya sudah meningkat dewasa, bila-bila sahaja dia boleh kembalikan memori lama dengan melihat kembali akaun Instagram yang sudah dibuat.


Bagi Farid, tidak ada masalah untuk memiliki Instagram untuk anak asalkan teknologi itu digunakan dengan cara yang bermanfaat. - Utusan