Jumaat, Februari 26, 2016

Drama Sayangku Kapten Mukhriz Adaptasi Novel Anugerah Terindah; Akan Datang Slot Akasia


Fenomena adaptasi novel ke drama nampaknya tidak akan berakhir. Apatah lagi sambutan yang diterima cukup luar biasa, sehinggakan ada sesetengah episod seperti episod akhir drama adaptasi mencatatkan lebih 4 juta penonton.

Terkini, Slot Akasia mengesahkan novel Anugerah Terindah nukilan Sophilea terbitan Intens akan diadaptasikan dalam bentuk drama bersiri di slot paling popular stesen nombor satu Malaysia, TV3.


Bagaimanapun, drama ini tidak mendukung judul asalnya, sebaliknya dikenali sebagai Sayangku Kapten Mukhriz.

Pelakon utama drama adaptasi ini ialah, pelakon muda berbakat, Raja Afiq dan Niena Baharun. Antara pelakon lain yang turut terlibat dengan projek drama terbitan Creative Skill Solution ialah Reen Rahim, Fezrul Khan, Ikhlas Jalil, dan ramai lagi.

Nantikannya nanti, Sayangku Kapten Mukhriz!