Selasa, Februari 16, 2016

Drama Mr. Boss Miss Stalker Akan Datang Di Slot Dahlia TV3


Berita baik kepada peminat dramatis Mia Ahmad. Pelakon yang mencipta nama di samping Syarul Ridzwan dalam drama adaptasi novel Hati Perempuan akan kembali lagi di TV3.


Kali ini dalam Slot Dahlia. Mia Ahmad digandingkan bersama pelakon Amar Asyraf dalam drama adaptasi novel Mr. Boss Miss. Stalker.

Mungkin ada yang bosan dengan drama adaptasi, tapi itulah kehendak dan permintaan pasaran masa kini! Khabarnya, menurut EDTV, projek drama ini baru nak mulakan penggambaran. Jadi kita tunggu sahaja hasilnya nanti!