Isnin, Februari 15, 2016

Drama Jasmine; Akan Datang Di Slot Zehra TV3


Berita baik yang Muz dapat menerusi blog EDTV. Yesza, Aqasha akan berlakon balik dalam drama siri berjudul Jasmine. Berpasangan dengan salah seorang pelakon wanita kegemaran Muz juga, Nelydia Senrose.


Drama terbitan, Global Station ini akan bersiaran dalam Slot Zehra di TV3, dijangka pada bulan Mac selepas berakhirnya siaran drama Cinta Teruna Kimchi.

Selain Aqasha dan Nelydia Senrose, drama Jasmine ini turut menampilkan Gambit Saifullah yang turut sekian lama menyepikan diri daripada dunia lakonan.