Rabu, Februari 24, 2016

Cita-Cita Farid Kamil Sebagai Peguam Jadi Kenyataan!


Sewaktu menerima tawaran drama ini saya sangat teruja dan gembira. Sebab pertamanya, watak peguam itu sendiri membuatkan saya tertarik untuk menerimanya. Kalau diikutkan, cita-cita saya dahulu memang ingin menjadi seorang peguam tetapi tidak kesampaian. Jadi, apabila melihat skrip, saya rasa sangat seronok kerana sekurang-kurangnya dapat menyarung pakaian seorang peguam dan masuk ke dalam ruang mahkamah walaupun ia hanyalah lakonan semata-mata.


Farid Kamil memegang watak sebagai seorang peguam syarie bernama Khalil yang bertugas di bahagian Syariah di Mahkamah Syariah. Drama ini mengisahkan tentang dunia peguam yang banyak mengendalikan kes-kes syariah berprofil tinggi membabitkan perceraian, pernikahan dan status agama.

Turut berlakon ialah Yana Samsudin, Aidil Aziz dan Anita Baharom. Ia bersiaran sebanyak 13 episod di saluran Astro Oasis (106) serta Maya HD (135) dan sudah ditayangkan sejak 5 Februari lalu setiap Jumaat pada pukul 9 malam. - Kosmo!