Isnin, Februari 08, 2016

Azlina Aziz Ikon Ziana Zain Juara Seiras Seirama


Peserta ikon Ziana Zain, Azlina Aziz dinobatkan sebagai juara program realiti nyanyian Seiras Seirama. Program yang mencari penyanyi seiras 7 orang ikon yang dipilih bagi Seiras Sirama ini mula ditayangkan di Astro Ria penghujung Disember tahun lepas usai Gegar Vaganza Musim Kedua.

Selain Ziana Zain, enam orang ikon yang terlibat ialah Ella, Mas Idayu, Misha Omar, Hafiz Suip, Jamal Abdillah, dan Faizal Tahir.


Pada malam final peserta menyampaikan dua persembahan, persembahan pertama adalah medley dua buah lagu nyanyian asal ikon. Manakala, persembahan kedua adalah duet bersama artis jemputan, juga lagu yang didendangkan oleh ikon masing-masing.

Malam akhir Seiras Seirama turut menampilkan persembahan pembukaan oleh Farahdhiya, Haiza, Nasseir Wahab dan Lan Kristal.

Tidak ketinggalan, persembahan istimewa ikon Seiras Seirama kecuali Ziana Zain yang turut menghiburkan penonton. Malam final ini diadili oleh juri profesional, iaitu Mamat Khalid, Khadijah Ibrahim dan AC Mizal.