Rabu, Februari 24, 2016

Anzalna Dan Hanif Mahu Anak Ramai!


“Alhamdulillah, saya berasa sungguh bersyukur dan gembira kerana akhirnya bergelar isteri yang sah kepada Hanif.

“Dia merupakan pelengkap dalam hidup saya dan seorang lelaki yang sempurna untuk bergelar suami dan ketua keluarga,” ujar Anzalna usai majlis akad nikahnya.


Bagi Anzalna dan Hanif, mereka tidak pernah merancang dalam soal anak dan sentiasa menerima dengan hati yang terbuka jika dikurniakan zuriat dalam waktu yang terdekat.

“Rezeki di tangan Tuhan tetapi kalau diizinkan, saya mahukan anak yang ramai secepat mungkin,” ujar Hanif dalam nada berseloroh. - Kosmo!