Rabu, Februari 24, 2016

Anushka Sharma Kagum Peribadi Salman Khan


Memahami situasi yang dialami heroinnya, Salman Khan mengambil inisiatif untuk tidak bercakap langsung tentang perpisahan Anushka Sharma dengan kekasihnya, Virat sewaktu di lokasi penggambaran filem terbaharu mereka, Sultan.

Ketika berada di set penggambaran, Salman hanya berbual tentang karakter dan dialog mereka berdua tanpa menyentuh hal peribadi.


Anushka berkata, aktor berbadan sasa itu tidak mencuba mengorek rahsia kisah cintanya dan sangat profesional dalam bekerja.

“Saya berterima kasih kepada Salman kerana sangat menghormati privasi hidup saya sewaktu di lokasi penggambaran.

“Jika ada kru lain yang membuka cerita tentang saya dan Virat, dia cuma akan tersenyum sebelum berlalu untuk melakukan urusan lain,” kata Anusha.

Menurut sebuah laporan, bekas kekasih Anushka, Virat Kohli sedang berusaha keras memenangi semula hati aktres Rab Ne Bana Jodi tersebut.