Ahad, Februari 21, 2016

Aaronators Raikan 40th Birthday Aaron Aziz


Mungkin ada yang akan cakap aura, pelakon sasa dari negara seberang, Aaron Aziz semakin menurun sementelahan kemunculan pendatang baharu dalam dunia lakonan yang silih berganti. Namun, sesuatu yang pasti selain produk, fan base yang kukuh merupakan antara faktor utama yang menjanjikan kelestarian seseorang selebriti dalam industri hiburan.


Berbeza dengan industri lain, meskipun seseorang pelakon atau penyayi itu hebat, namun jika tiada atau kurang peminat, tidak akan membawa tuah kepadanya. Disebabkan itulah, ada antara pelakon atau penyanyi berbakat yang hanya bertahan sementara. Ada pula bakatnya biasa-biasa tetapi bertahan lama. Dan yang paling mantap, berbakat dan punya fan base yang utuh membuatkan namanya kekal malar segar.




Aaron Aziz boleh dikatakan antara yang tergolong dalam kategori ketiga. Berbakat, ada pakej lengkap dan punya fan base yang utuh. Maka, tidak mustahil aktor yang menginjak usia 40 tahun pada 2016 ini akan terus menjadi sebutan dalam arena dunia seni tempatan.



Bakal, menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-40 beberapa hari sahaja lagi, Aaron Aziz diraikan lebih awal dengan surprise birthday party kelolaan kelab peminatnya, Aaronators dengan kerjasama beberapa pihak termasuklah program hiburan terkenal terbitan Astro RIA, MeleTOP.



Beberapa keping gambar menarik, daripada Instagram Aaronators untuk tatapan anda. And for Aaron Aziz, Happy 40th Birthday big brother!