Ahad, Februari 07, 2016

Aaron Aziz Bengang Anak Kena Fitnah!


Aaron Aziz bengang?? Pelakon berusia 40 tahun itu melahirkan rasa kecewa apabila tersebarnya berita palsu mengenai keadaan anak bongsunya, Dahlia Arissa, 5, yang dikatakan sedang bertarung nyawa.

Sebagai seorang bapa, sudah pasti ia merupakan satu perkara yang menyedihkan apabila permata hatinya itu dikaitkan dengan cerita yang bukan-bukan. Apatah lagi ia melibatkan perihal hidup dan mati.


“Inilah yang akan berlaku apabila orang yang tak lulus zaman persekolahan dan nak cari publisiti murahan dengan membuat fitnah, salah anggapan atau apa sahaja kebodohan sampai berita begini boleh keluar.

“Tak kelakar. Tak gelak. Tak ada apa-apa yang baguslah dengan membuat-buat cerita palsu begini,” luahnya menerusi perkongsian sekeping foto yang dimuat naik menerusi akaun Instagram sewaktu masih lagi menerima rawatan di hospital baru-baru ini.

“Berita yang tersebar itu merupakan gambar Dahlia sewaktu ingin menjalani pembedahan. Perkara itu sudah lama berlaku iaitu pada tahun lalu. Sayangnya, mereka guna gambar itu, cakap takziah apa lah.

“Walhal Dahlia sudah keluar sihat. Orang fitnah anak dia, itu yang dia rasa bengang. Padahal sekarang ini dia yang dimasukkan ke hospital,” kongsi Diyana yang juga merangkap pengurus kepada pelakon drama Tuan Anas Mikael itu. - Kosmo!