Ahad, Februari 28, 2016

[28 Gambar] Gaun Resepsi Kahwin Anzalna Jadi Viral



Minggu lepas, Anzalna Nasir telah selamat diijabkabulkan bersama jejaka pilihan hatinya Hanif Zaki. Malam semalam berlangsung majlis resepsi penuh meriah. Dekorasi menawan menjadi jamuan mata memandang.



Paling mencuri perhatian, pastinya figura pengantin perempuan. Anzalna Nasir tampil menawan dalam gaun pengantin unik bermotifkan flora aneka warna lembut, yang cukup mengujakan sesiapa sahaja yang memandang.


Lain dari yang lain, gaun pengantin Anzalna turut dikaitkan Netizen seumpama gaun fairy tale! Malah, di laman sosial, #Hanzalna beserta gaun istimewa Anzalna Nasir ini turut menjadi viral!