Rabu, Januari 13, 2016

Waris Hentam Cikgu Buta Perut; Tak Tolong Anak Basuh Tangan Di Singki!


Kasihan pula dengan insan yang bergelar cikgu. Sudahlah kerja tak kira masa dan tempat. Orang ramai hanya nampak kerja cikgu semata-mata di sekolah, selebihnya dibutakan mata dan dipekakkan telinga sahaja.


Belum pun reda sepenuhnya isu waris complain hal murid darjah satu yang duduk di atas lantai simen pada hari permulaan persekolahan minggu lepas, hari ini viral pula status seorang bapa yang menghentam cikgu sesuka hati. Isunya berkenaan murid tak sampai ketinggian untuk cuci tangan dengan selesa di singki.


Adakah patut sekolah buat singki tinggi-tinggi sampai murid-murid nak basuh tangan pun tak sampai, terutama murid darjah satu. Yang cikgu tu pun buta perut! Apa salahnya kalau cikgu tunggu tepi singki tu. Tolong buka paip air sekejap untuk budak sekolah tu. Ni tak, kalaut nak makan isi perut mereka saja. Tak fikir murid-murid tu!!
Minta maaflah cakap, tetapi memang kasihan kalau kita ada waris yang bersikap sebegini, lebih emosional daripada rasional. Ada macam-macam cara nak basuh tangan kalau tak cukup ketinggian!


  • Boleh saja minta tolong kawan yang tinggi sedikit tadah air di singki gunakan gelas di kantin.
  • Murid yang tak cukup tinggi itu boleh terus ke tandas berhampiran. Cucilah tangan di sana sepuas-puasnya!
  • Murid boleh cari cikgu yang berada di kantin minta tolong kalau dah tak ada kawan seorang pun di sekolah.
  • Murid boleh bertanya dan mohon bantuan mak cik kantin.
  • Waris boleh bekalkan air paip satu botol mineral kecil untuk anak basuh tangan selepas makan di sekolah!
Kalau perkara sekecil inipun, ada diantara waris yang memilih menyalahkan cikgu dan menangkan anak sendiri. Bayangkanlah dalam hal-hal yang lain. Tidak hairan, jika ada yang mengatakan kepincangan sistem pendidikan hari ini turut diumbangkan oleh mentaliti ibu bapa dewasa kini, yang antaranya terlalu memanjakan anak-anak!



2 Komentar

Write Komentar
nadialadzim
AUTHOR
14/1/16 11:54 PG delete

harap-harap saya tak jadi ibu bapa yg byk komplen..

Reply
avatar
24/1/16 12:32 PG delete

KOMPLEN BOLEH...BIAR KENA CARANYA. BOLEH KOMPLEN ATAU ADUKAN PADA PIHAK SEKOLAH SEBARANG KETIDAKPUASAN HATI. DENGAN MAKI HAMUN...APA PERKARA PUN TAKKAN SELESAI. MALAH MAKIN MEMBURUKKAN KEADAAN DAN MENUNJUKKAN KEBIADAPAN DAN RENDAHNYA MENTALITI PENGADU.

Reply
avatar