Ahad, Januari 17, 2016

[Video] Kucing Terseksa Mati Diracun!; Pemilik Kucing Turut Bersalah?



Sedih sangat tengok video ini. Memang kejam manusia yang lakukan ini! Menurut individu yang memuat naik video ini ke laman sosial, kucing peliharaannya itu telah diracun seseorang yang dipercayai jiran!


“Mati lagi kucing aku kena racun..korang rasa ape yg patut aku buat dengan jiran sebelah rumah aku tu…dah lama sabar tapi makin sabar makin geram pulak aku ni,” tulisnya.




Sebenarnya, Muz sendiri ada pengalaman tak berapa enak dengan jiran yang bela kucing secara terbuka. Lepas beberapa bulan bersabar dengan kerenah kucingnya yang berak cirit di merata tempat kawasan ruamah, sampaikan depan pintu rumah pun bersepah tahi, akhirnya Muz ambil pendekatan tulis surat letak dalam peti pos.

Dalam surat tu, kandungannya berlapik, penuh hikmah siap ada hadis adab hidup berjiran. Ada cadangan bela dalam kurungan, atau jenguk kawasan kejiranan, kalau ada najis tolong bersihkan sebab kucing anda yang berak, atau susah sangat hantar ke animal shelter, kalau dah tak larat bela. 

Malangnya, end up gaduh juga. Malas nak ingat balik kisah hujung tahun lepas yang masih menyakitkan hati. Sampai hari ini pun kadang ada najis kucing juga atas simen tepi atau depan rumah. Tapi dah kurang banyak.


Walau apapun, tak adalah sampai nak racun binatang, apatah lagi kucing! Tak pernah terlintas niat nak mengasari haiwan kesayangan ini.

Pokok pangkalnya, binatang tak ada akal. Orang yang bela yang perlu fikir. Jangan biarkan kelalaian anda yang membela kucing menyebabkan kemarahan orang lain dilampiaskan kepada kucing yang tidak berdosa.

Muz tak menyokong tindakan manusia kejam yang menyeksa binatang ini. Cuma orang gila sahaja yang akan buat macam ni tanpa sebab. Dan kalau adapun sebabnya, kita perlu fikir dengan rasional. Apa salah kucing itu? Berak, kencing, cakar, curi makan dan lain-lain?

Kalau ya, salah satu itu sebabnya, orang yang bela kucing itu juga perlu dipersalahkan atas nasib malang yang si comel terima...


1 Komentar:

Write Komentar
18/1/16 12:44 PG delete

sampai hatiiiii org buat mcm tu T_T

Reply
avatar