Jumaat, Januari 01, 2016

Ubah Warna Stadium Sultan Muhammad IV Kepada Pink Antara Syarat Tajaan Datuk Seri Vida Buat TRW


Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menetapkan dua syarat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebelum bersedia menaja badan induk itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2016. 

Dua syarat berkenaan ialah Stadium Sultan Muhammad IV ditukar kepada merah jambu dan nama baharu skuad Kelantan seharusnya didahului dengan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (TRW). Dr Hasmiza yang lebih dikenali sebagai Qu Puteh berkata syarat yang dituntut itu bukan saja dapat mengubah wajah pasukan Kelantan, malah yang lebih penting pasukan itu memperoleh suntikan dana untuk mengubah semula kredibilitinya. 


"Soal tajaan, saya tidak kisah... Jika mereka tidak cukup perbelanjaan, saya boleh salurkan. Mereka memerlukan dana secepat mungkin dan saya bersedia membantu tetapi bersyarat. 

"Syarat pertama, Stadium Sultan Muhammad IV dicat dengan warna merah jambu kerana ia dapat menghasilkan satu kelainan kepada penyokong bola sepak Kelantan. 

"Kedua, nama pasukan seharusnya ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors seperti Negeri Sembilan yang menukar nama pasukan itu kepada NS Matrix. 

"Biarlah kita sama-sama membangunkan pasukan Kelantan yang dulunya amat disegani oleh pasukan lain," katanya. - BH




2 Komentar

Write Komentar
MG schmidt
AUTHOR
1/1/16 9:48 PTG delete

datin vida ni negengade la. hehehe
stadium pink :P

Reply
avatar
Liyana
AUTHOR
2/1/16 1:38 PTG delete

hahahaha . kelakarnya nya la syaratnya tu . huhu . stadium pink tu lawa je rasanya tapi ni pasukan bola sepak ke bola jaring ? aduhaii .

The Talking Diary

Reply
avatar