Sabtu, Januari 30, 2016

Tutorial Bergambar Marble Kek By Azlina Ina



Ramai yang kongsi gambar makanan yang sedap-sedap hasil buatan tangan sendiri. Tapi bila orang yang tengok minta resipi, sunyi sepi tanpa jawapan. Ada yang buat bisnes tu, sinis saja jawapannya. Lain pula dengan Azlina Ina ni, bagus pemikirannya. Katanya dalam FB, ilmu kalau dikongsi makin bertambah rezeki Allah bagi. Jadi Muz kongsi resipi beliau dalam blog ya!

Mana tahu yang rujuk dari blog Muz, kemudian berjaya buat sampai dapat pula buat bisnes, boleh tumpang pahala sebab jadi tukang share kan. Yang tuan punya resipi pun akan dapat bahagian dia juga! Hehe...



Bahan-Bahan Marble Kek

1 setengah ketul butter atau 300g marjerin atau 300g butter
3/4 cawan gula kastor halus
5 biji telur Gred A atau B
Sedikit esen vanila
1/2 cawan susu pekat
2 cawan setengah tepung gandum cap ros/cap lily/cap kunci/cap cempaka
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar serbuk koko

Cara-Cara Membuat Marble Kek

  
  1. Sediakan bahan-bahan diperlukan selengkapnya seperti di atas
  2. Mix gula + butter/marjerin + esen vanila pada kelajuan tinggi antara 15-20 minit
  3. Angkat mixer, bila adunan tak jatuh, kira dah gebu! Perfect
  4. Masuk telur sebiji demi sebiji sambil dan mix. Lepas masuk semua telur mix 5 minit
  5. Masukkan susu pekat dan mix sampai sebati
  6. Masukkan tepung perlahan-lahan dan perlahankan mixer. Dah habis masuk semua tepung, mix antara 3-4 minit
  7. Dah siap akan jadi cantik gebu macam gambar 6
  8. Bahagi kepada dua adunan, satu original, satu lagu campurkan dengan serbu koko
  9. Sediakan loyang 8x8, kalau tak ada guna kertas macam dalam gambar 8
  10. Tuang adunan berselang-seli macam dalam gambar 10
  11. Lorek-lorek guna lidi sate bagi jadi macam gambar 11
  12. Boleh tabur ceri, atau apa-apa yang disukai atas adunan yang dah siap dilorek dan bakar dalam ketuhar suhu 170 pada 15 minit pertama, dan turunkan kepada suhu 150 seterusnya hingga 45 minit (tempoh ikut oven masing-masing, try cucuk guna lidi)
  13. Dah pun siap!Terbalikkan dan buka baking paper, dan terbalikkan ke kedudukan asal! Tadaaa, menggoda kan?















5 Komentar

Write Komentar
aRz MoHa
AUTHOR
30/1/16 11:49 PTG delete

Kek marble memang sedap

Reply
avatar
Sheila Adziz
AUTHOR
31/1/16 12:05 PG delete

saya suka semua kek... kek marble pun suka sgt senang nak buat...

Reply
avatar
Ida Rohaida
AUTHOR
28/3/16 4:54 PTG delete

Kek marble..sng nak buat ank suka..Sllunya resepi azlina ina sy cuba Mmg sedap

Reply
avatar
Ida Rohaida
AUTHOR
28/3/16 4:54 PTG delete

Kek marble..sng nak buat ank suka..Sllunya resepi azlina ina sy cuba Mmg sedap

Reply
avatar
Ida Rohaida
AUTHOR
28/3/16 4:56 PTG delete

Sya suka membuat kek..Sllunya ank2 yg hbis kan..resepi dri azlina ida Mmg sedap

Reply
avatar