Sabtu, Januari 30, 2016

Tonton Maharaja Lawak Mega 2016 Full Episode


Maharaja Lawak Mega 2016 kembali lagi dengan 15 kumpulan peserta! AWOK, BOCEY, BORA, BOS, CHAM, CILOK, ENJEN, JORAS, KAVIN, LOL PUTEH, REZA, SAYWHO, SHAKE, XOLA. 


Program hiburan jenaka ini antara yang mendapat tontonan tertinggi di tanah air, bahkan sudah melahirkan ramai pelawak-pelawak berbakat yang sedia menghiburkan industri seni tanah air baik dari sudut lakonan, sketsa, pengcaraan dan sebagainya.

Hos bagi Maharaja Lawak Mega 2016, masih kekal, iaitu Datuk AC Mizal. Manakala, dalam episod pengenalan tirai, 4 orang juri tetap diperkenalkan. 

Juri tetap Maharaja Lawak Mega 2016, ialah Shaheizy Sam, Bunga Citra Lestari, Najip Ali dan Ziana Zain. Lengkap juri dari tiga negara, Singapura, Indonesia dan Malaysia.

Bagi yang ketinggalan menyaksikan secara langsung dan tiada Astro di rumah, boleh sahaja klik link di atas untuk menonton setiap episod!