Isnin, Januari 25, 2016

Tiada Pemotongan Gaji Kakitangan Awam



Pengubahsuaian Bajet 2016 yang berdasarkan iklim ekonomi semasa akan menyaksikan 'pengurangan' dalam perbelanjaan pengurusan dan penangguhan projek pembangunan yang bukan keutamaan, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.


"Tiada pemotongan gaji bagi kakitangan awam. Kami mahu pastikan penyampaian perkhidmatan tidak terjejas. Jadi kami tidak akan berkompromi dalam penyampaian perkhidmatan," katanya merujuk kepada pengurangan yang dicadangkan dalam perbelanjaan pengurusan.