Jumaat, Januari 01, 2016

Throwback 6 Tahun Dunia Blogging; Selamat Tahun Baharu 2016!


Tarikh pertama entry daripada blog ini diterbitkan adalah pada 23 Ogos 2009. Masa tu, buat blog pun sebab rakan seuniversiti lain pun buat dan kisah balik kampung dan kena perli sebab tak tahu apa itu blog... Itulah mukadimah macam mana Muz boleh terjebak dalam dunia blog.

Sekadar up satu dua entry. Kemudian senyap sepi. Hanya 13 entry untuk bulan Ogos hingga ke Disember 2009. 2010 pula hanya ada 18 entry untuk tempoh masa 12 bulan.

Namun, pada tahun 2011, keseluruhannya ada 115 entry yang telah diterbitkan. Kebanyakan entry tentang diri sendiri, pengalaman, dan madah berunsurkan puisi, dengan beberapa perkongsian lirik lagu Ziana Zain. Hanya pada bulan November 2011 sahaja mula berjinak menulis blurb atau sinopsis novel terkini di pasaran.

Meskipun, sudah ada 115 entry, namun bilangan pembacanya biasa-biasa sahaja. Malah, bilangan followers amat sedikit dalam beberapa belas atau paling banyak pun 20++ sahaja. Ketika itu, seorang rakan blogger sama kursus di universiti yang baru lagi membuat blog sudah ada followers yang lebih ramai lagi!

Ketika itu, pertamanya rasa tercabar. "Aku punya blog lagi awal, tapi dia lagi ramai followers!??" Dan mulalah Muz bertanya kepadanya apa rahsia? Dia berkongsi.  Dan Muz terus google, belajar dan belajar daripada guru GOOGLE ini, dan terbitkan entry berunsurkan segmen yang pertama pada 18 Januari 2012, dengan tajuk JOM TAMBAH FOLLOWERS.

Januari 2012, jumlah pageviews mencatat angka 5841, dan pada Disember 2012 sahaja jumlah pageviews mencapai angka 53951 kunjungan untuk sebulan. Dan secara tidak langsung, Muz mengiktiraf diri sendiri sebagai blogger bermula 2012, kerana mula aktif secara konsisten meskipun, blog sudah terbina sejak 2008.

Apa rahsianya? Tak ada apapun, tulis dan up entry dengan kerap, banyak masuk segmen dan giveaway dan pilih entry yang orang nak baca, bukan entry syok sendiri!

Maka, bermulalah, gelaran blogger picisan, apabila terlalu banyak kisah artis yang ditampilkan dalam blog ini, bermula tahun 2013.  Tetapi Muz lebih suka menggelarkan diri sebagai 'Blogger Rojak'.

Dalam tahun 2013, genre hiburan paling mendominasi entry dalam blog. Namun, masih ada entry tentang personal, sukan terutamanya tenis, keagamaan, tutorial, dan sedikit perkongsian tentang ilmu Bahasa Melayu. Banyak niche, sebab tu Muz panggil rojak!

236564 pageviews dalam tempoh satu bulan sahaja, iaitu pada Disember 2013, membuatkan semangat dalam dunia bloging menjadi-jadi. Angka ini juga meyakinkan Muz untuk berdaftar dengan Nuffnang pada hujung 2013.

Tidak ada apa-apa perubahan besar pada tahun 2014, melainkan Muz sudah berkongsi link-link drama Melayu tempatan. Muz sendiri tak tengok drama tersebut, tetapi mungkin trend, mengikut blogger lain, selain cara itu merupakan antara cara paling mudah up entry dan dapat viwers!

Risikonya, blog ini ditendang keluar oleh Busuk kerana ada entry hak cipta, bahkan entry sebegini tidak boleh di ping secara semberono di dalam kebanyakan grup FB blogger kerana isu hak cipta.

Lambakan tugas, dan mula 'bekerja' dalam erti kata sebenar pada tahun ini, membuatkan tak ada pilihan lain memastikan blog terus 'hidup' selain cara copy, paste dan kredit. Maka, Muz terpaksa akur, dengan cara ini, blog ini tidak layak untuk pengiklanan menerusi Adsense, dan juga kerjasama dengan job review berdaftar melalui advertorial, yang syaratnya nak blog yang original entry sahaja.

Apapun, 2014, pada bulan Disember mencatat pageviews sebanyak 405053 pengunjung. Satu angka yang cukup besar untuk tempoh waktu sebulan. Dan penghujung tahun ini juga, kali pertama Muz cashout daripada Churp Churp.

Kejayaan penutup 2014, ini dibawa pada permulaan 2015, iaitu Januari 2015, mencatat pengunjung seramai 493856 viewers menerusi statistik google, iaitu satu jumlah tertinggi setakat ini.

Genre blog tetap sama. Bercampur aduk jadi rojak. Sayangnya, 2015 yang mencatatkan respon yang sungguh baik pada bulan Januari terus jatuh, menjunam, naik turun, tidak stabil dan merosot sehinggalah tidak ada lagi bulan dalam tahun 2015 ini yang mampu menandingi angka yang dicatatkan pada bulan Januari.

Salah satu sebabnya mungkin disebabkan Muz jarang blogwalking. Dah amat jarang tinggalkan komen di blog sahabat blogger. Dah langsung tidak join giveaway dan segmen. Bukan sebab sombong, tetapi 2015 merupakan antara tahun paling sibuk dalam bidang kerjaya utama. Banyak jawatan penting termasuk sebagai pengerusi menuntut komitmen.

Sebab itu, Muz stop join giveaway dan segmen. Tak nak sekadar buat entry sahaja tapi tak ambil bahagian dengan sepenuhnya. Tak adil buat peserta lain kan, kalau buat macam tu?

Disebabkan kesibukan tugas hakiki, kebanyakan entry disediakan menerusi kaedah auto publish. Malah, entry juga tidak di ping ke dalam puluhan grup blogger di FB sebab kekangan masa. Blogger Ping website terkenal seperti Busuk memang sudah banned blog ini. Sementara, Blogr pula selepas mereka upgrade tak boleh detect url blog Muz. Bila Muz tanya mereka cakap kena ubah template blog. Dan kesudahannya di Blogr juga tak boleh ping entry untuk 2015 ini!


Sudahnya, 2015, blog hanya bergantung kepada FB Muz sendiri yang ada friends dalam 4K++ serta FB KBBA sebagai tempat ping entry. Kemudian Muz wujudkan fanpage yang baru ada dalam 400 likers.

2015, juga menyaksikan, tahun pertama Muz jadi penaja atau sponsor giveaway kelolaan rakan blogger. Juga tahun pertama Muz cashout dari Komli yang Muz daftar pada 2014. Aidilfitri 2015 juga menyaksikan Muz menggunakan Oppo N3 Complete Set dengan aksesori dan SD Card berharga RM2500, dengan menggunakan hasil dunia bloging. Alhamdulillah, rasa berbaloi, walaupun hanya sedikit nak dibandingkan dengan blogger hebat yang lain.

2015 juga buat pertama kalinya template idaman secara FOC menjadi kenyataan, dengan layout yang bagi Muz kemas dan sedap mata memandang! Ya, layout template blog yang anda sedang tengok sekarang ni.

Ada homepage, ada menu bar, ada header yang risngkas, ada port iklan yang strategik. Yang penting, loading pun munasabah dan agak cepat juga (bergantung kepada pelayar internet pengguna). Lagi penting, template ini mengandungi ciri-ciri SEO dan  template yang responsive!

Baru-baru ni, Muz juga ada memberika sedikit perubahan pada kotak komen dengan bermain warna-warna pastel, bagi membezakan komen daripada pembaca dan admin.  Saja nak bagi menarik, bagi Muzlah yang menarik! Hehehe...

Sehingga 31 Disember 2015 semalam, blog yang Muz namakan Nakhoda Nurani ini sudahpun lewati angka 6.7 JUTA viewers atau bacaan. Hanya lafaz syukur dan terima kasih sahaja mampu diberikan kepada pembaca dan penyokong blog ini.

Terima kasih daun keladi, teruskan sokong Nakhoda Nurani. 2016 ni jadikan viewers total lebih 10 Juta boleh? Boleh, ya... Terima kasih!


1 Komentar:

Write Komentar
1/1/16 10:07 PTG delete

Semoga terus aktif berblog

Reply
avatar