Isnin, Januari 25, 2016

Terpaksa Solat Atas Lantai Stadium Tanpa Berlapik; Lelaki Ini Kritik Penganjur AJL 30


Ketika ini selain kritikan sebahagian besar peminat dunia seni tanah air menyatakan kekecewaan terhadap penganjuran AJL30 kerana kurang umphh, sedang menjadi viral adalah kritikan seorang lelaki di laman sosial Facebook dengan isu polis gertak “tak payah solatlah!”.

Kejadian berpunca apabila pemuda ini dan yang lain tidak dibenarkan menggunakan solat di stadium yang lokasinya berhampiran Pink Carpet, dengan alasan dikhususkan untuk staf sahaja.


Mereka disuruh solat di luar stadium yang lokasinya agak jauh, malah turut digertak “TAK PAYAH SOLAT LAH” oleh polis yang bertugas yang beragama Islam.

Maka, pemuda berkenaan dan temannya mengambil keputusan solat di penjuru stadium, tanpa beralas oleh apa-apa, sebelum ramai yang menyusul berjemaah.

Pemuda berkenaan kecewa kerana penganjur tidak peka dengan kewajiban solat. Tindakan pemuda ini meluah perasaan di Facebook Penmerah membuatkan ramai netizen berkongsi kisah ini sehingga menjadi viral.

Kebanyakan netizen mempersoalkan tindakan pemuda tersebut pergi ke stadium menyaksikan AJL 30 yang sah-sah merupakan program hiburan yang melalaikan serta menjurus ke arah maksiat.
Tidak ketinggalan juga yang menyokong tindakan pemuda berkenaan.

Untuk pengetahuan, lelaki tersebut turut menjelaskan bahawa sering hadir ke majlis hiburan sebagai pemerhati kerana menguruskan perniagaan event management.