Khamis, Januari 07, 2016

Tampil Cantik Dalam Dilwale; Kajol Dedah Rahsia Kejelitaan!


Tampil anggun dan jelita di samping memberikan lakonan hebat dalam Dilwale gandinggannya bersama aktor hebat Shahrukh Khan, Kajol dedahkan rahsia kecantikan yang menjadi bualan ramai, terutama peminatnya di seluruh dunia.

Melalui temu bual di dalam Filmibeat yang dipetik dari www.vanillakismis.my, Kajol berkongsi tiga rahsia kecantikannya.  



1. Elak Cahaya Matahari

Ketika menonton Dilwale, pasti ramai yang ingat Kajol buat pembedahan melanin untuk mencerahkan kulit.  Namun ujar Kajol, dia mengelak dari cahaya matahari, sebab itulah kulitnya semakin cerah berbanding dahulu.  

"10 tahun saya bekerja berlakon di bawah terik mentari membuatkan kulit saya gelap. Kini saya tak lagi bekerja begitu, sebaliknya lebih banyak berada di rumah jadi kulit saya makin putih. Ia bukan kerana pembedahan," ujarnya dalam Flimibeat.




2. Cukup Tidur

Kajol memastikan dia mendapat cukup tidur antara lapan hingga 10 jam sehari.

"Saya tidurkan anak pada jam 9.30 malam dan saya sendiri akan lena selepas mereka melelapkan mata. Saya tidak berjaga lewat malam dan tidak menghadiri parti. Jika ada kerja malam, sebaik selesai saya akan terus pulang. Satu lagi saya juga minum cukup air antara 9 hingga 10 gelas sehari,"jelasnya.




3. Senaman Berat

Selepas bersalin, tubuh Kajol agak berisi, jadi untuk kurus semula dia mengamalkan senaman berat untuk mendapatkan semula bentuk badan yang menarik.  

Kajol menghabiskan masa satu setengah jam hingga dua jam setiap hari untuk melakukan senaman. Selain itu kelas menari juga banyak membantunya mengekalkan bentuk tubuh.